SEJARAH

Pada awalnya, semua universiti yang terlibat telah bersetuju supaya juara bertahan Piala YAB Tun Abdul Razak akan menggalas tanggungjawab untuk mengelola kejohanan pada tahun berikutnya. Walau bagaimanapun, pada tahun 1976, ketetapan itu telah dipinda memandangkan tanggungjawab dan tugas menganjurkan kejohanan ini berat dan perlu dipikul secara bergilir -gilir oleh semua universiti. Berikutan itu, USM telah diberi penghormatan untuk mengelolakan Kejohanan Golf Antara Universiti Awam pada tahun 1977. Kejohanan tersebut telah diadakan di Kelab lndra Kayangan di Kangar, Perlis.

Untuk pertama kalinya dalam kejohanan, DYMM Raja Perlis selaku Canselor USM, turut mengambil bahagian bagi memeriahkan kejohanan tersebut. Sehingga 1975, kejohanan golf ini adalah pertandingan golf 18 1ubang dan mengambil masa sehari sahaja. Namun pada tahun 1976, peraturan tersebut telah dipinda sekaligus menjadikan kejohanan golf 36 lubang yang mengambil masa 2 hari. Tahun itu juga menyaksikan bermulanya Gross individu bagi merebut Piala Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Pada tahun 1979, Universiti Teknologi Malaysia dan lnstitut Teknologi MARA (ITM pada ketika itu) telah turut serta menyertai kejohanan ini. lni diikuti oleh UUM pada tahun 1988 apabila pertama kalinya menjadi tuan rumah kejohanan kali ke-17 yang diadakan di Kelab Golf Cinta Sayang, Sungai Petani. Seramai 150 peserta mengambil bahagian pada tahun 1990 apabila UM menjadi tuan rumah yang diadakan di Kelab Golf Negara Subang, Petaling Jaya.

Pada tahun 1991, UKM telah mengelolakan edisi ke-19 acara ini dan diadakan di Kelab Golf Cameron Highlands yang turut disertai oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong. UiTM telah menjadi tuan rumah pada tahun 1992 bertempat di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah Alam dan UPM pula telah menjadi tuan rumah kejohanan pada tahun 1993. Pada 1994 USM telah menjadi tuan rumah dan kejohanan diadakan di Kelab Golf Bukit Jambul. Pada tahun 1995 UKM memikul tanggungjawab menjadi tuan rumah bersempena ulangtahun ke-25 penubuhannya. Pada tahun 1996, UNIMAS pula telah menggalas tanggungjawab selaku tuan rumah dan buat pertama kali kejohanan tersebut berhijrah ke Sarawak dan diadakan di Kelab Golf Sarawak & Kelab Golf Damai Santubong. Pada tahun 1997, UTM menjadi tuan rumah dan turut menyumbang Piala Jubli Perak kategori hadiah piala Kontigen pada kejohanan tersebut bersempena dengan ulangtahun ke 25 penubuhannya.

Pada tahun 1998, UMS buat pertama kalinya mengelolakan kejohanan ini yang diadakan di Kelab Golf Karambunai dan Kelab Golf Borneo. Kejohanan ini bersempena dengan kelahiran kumpulan pertama graduan UMS. Yang Di-Pertua Negeri Sabah turut menyumbangkan Piala Canselor UMS bagi kategori tetamu. UPM menjadi tuan rumah kejohanan pada tahun 1999 di Kelab Golf A Famosa. Kejohanan pada hari kedua tidak dapat berlangsung kerana cuaca pada ketika itu tidak begitu mengizinkan bagi kejohanan tersebut diteruskan. UUM pula menjadi tuan rumah pada tahun 2000 di Kelab Golf Harvard & Kelab Golf Forest yang menyaksikan penyertaan terbesar dari semua IPTA. Kejohanan edisi ke-29 pula dikelolakan oleh UM bertempat di Kelab Golf Saujana pada tahun 2001. UiTM menjadi tuan rumah kejohanan siri ke-30 pada tahun 2002 di Kelab Golf Glenmarie dan Kelab Golf Permai.

Pada tahun 2003 Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) menjadi tuan rumah siri ke-31 di Kelab Golf Tiara & Kelab Golf Ayer Keroh. Manakala pada tahun 2004, bersempena ulangtahun ke-100 USM sekali lagi menjadi tuan rumah Kejohanan Golf antara Universiti ke-32 di Kelab Golf Cinta & Sayang, Kelab Golf Bukit Jambul dan Kelab Golf Pearl Island. Bersempena dengan kejohanan ini USM menghadiahkan Piala Canselor USM untuk juara keseluruhan IPTA. Manakala pada tahun 2005 Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTIHO) telah menjadi tuan rumah dan UKM bagi tahun 2006.

Buat kali kedua, UMS sekali lagi diberi kepercayaan selaku tuan rumah untuk kejohanan Golf Antara Universiti Awam ke-35 pada tahun 2007 yang telah berlangsung di lapangan golf bertaraf antarabangsa iaitu Sutera Harbour Golf and Country Club, Karambunai Resort Golf Club dan Dalit Bay Golf & Spa.

International Islamic University Malaysia (IIUM) telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Golf AntaranUniversiti Awam ke-36 pada tahun 2008 yang berlangsung di Templer Park Country Club (TPCC), Perangsang Templer Golf Club (PTGC) dan Tasik Puteri Golf and Country Club (TPGCC). Kejohanan ini juga bersempena dengan sambutan jubli Perak yang ke-25 penubuhan IIUM.

Pada tahun 2009, tuan rumah bagi Kejohanan Golf Antara IPTA Malaysia Ke-37 telah dipertanggungjawabkan kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) dan dianjurkan dengan jayanya di lapangan golf Kelab Golf UPM, Staffield Country Resort, Mantin dan lmpian Golf & Country Club, Kajang. Pada tahun 2010 UNIMAS sekali lagi diberi penghormatan menjadi tuan rumah bagi penganjuran Kejohanan Golf Antara IPT Malaysia Ke-38 pada 5-6 Jun 2010 bertempat di Kelab Golf Sarawak, Petra Jaya Kuching dan Sarawak Club Golf & Resorts, Sarawak.

UTM menganjurkan Kejohanan Golf IPTA Malaysia Kali Ke-39 pada tahun 2011 pada 2-3 Julai di Palm Resort Golf & Country Club dan IOI Palm Villa Golf & Country Resort. Seterusnya, UUM mengambil giliran tuan rumah ke-40 pada tahun 2012. Kejohanan berlangsung di Black Forest Golf & Country Club, Kelab Golf Putra dan Havard Golf & Country Club.

Kejohanan kali ke-41 tahun 2013 berlangsung di Saujana Golf & Country Club, Bangi Golf Resort dan Danau Golf Club iaitu UKM sebagai tuan rumah. Pada tahun 2014, UTeM mengambil giliran untuk menganjurkan Kejohanan Golf IPTA Kali Ke-42 dan melangsungkan di A Famosa Golf Resort, Ayer Keroh Golf & Country Club dan Orna Golf & Country Club. Seterusnya, UPSI menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Kali Ke-43 tahun 2015 yang berlangsung di Darul Aman Golf & Country Club, Havard Golf & Country Club dan Cinta Sayang Golf & Country Resort.

UTM telah diberi penghormatan dan kepercayaan untuk kali ke-4 untuk menjadi tuan rumah bagi menganjurkan Kejohanan Golf Universiti Awam Malaysia edisi kali ke-44 tahun 2016. Pada tahun 2017, UniMAP telah menganjurkan kejohonan kali ke-45 bertempat di Kelab Golf Darulaman, Jitra, Kedah.

Pada tahun 2018 ini, UTHM telah diberi peluang sekali lagi menganjurkan Ke-46 setelah berjaya menganjurkan kejohanan kali Ke-33 pada tahun 2005. UTHM kali memilih Palm Resort Golf & Country Club, Johor dan IOI Palm Villa Golf & Country Club, Johor sebagai lapangan utama bagi Kejohanan Golf Universiti Awam Malaysia yang Ke-46.

Tahun 2019 bakal menyaksikan UUM sebagai tuan rumah. Kejohanan Golf Universiti Awam Malaysia kali Ke-47 yang bakal berlangsung pada 7-8 September nanti.

KEMBALI KE MENU UTAMA