SYARAT & PERATURAN
1. NAMA & TARIKH KEJOHANAN
Kejohanan Golf Antara Universiti Awam Malaysia Ke-51, 2024
19 & 20 Oktober 2024
2. KEAHLIAN PENYERTAAN
Keahlian Kejohanan Golf Antara Universiti Awam (UA) Malaysia adalah :
2.1 Universiti-universiti Awam di Malaysia
2.2 Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia
3. OBJEKTIF KEJOHANAN
Kejohanan Golf Antara UA Malaysia dianjurkan dengan objektif-objektif berikut :
3.1 Memberi peluang kepada kakitangan UA menjalinkan persahabatan dengan tujuan meningkatkan kerjasama dalam bidang pengurusan, pembelajaran/pengajaran dan penyelidikan.
3.2 Menyediakan peluang bagi kakitangan UA untuk berkenalan dengan tetamu-tetamu yang dijemput setiap UA dengan hasrat untuk meningkatkan usaha perkomersialan dan inovasi hasil penyelidikan UA.
3.3 Menggalakkan kakitangan UA berkecimpung dalam sukan golfsebagai aktiviti riadah bagi mengekalkan kesihatan dan kecergasan pada tahap supaya dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada UA masing-masing.
4. PENGANJUR KEJOHANAN
4.1 Penganjur Kejohanan Golf Antara UA Malaysia akan dipilih oleh Majlis Kapten-Kapten Golf UA. Bagi edisi ke 51 ini penganjur kejohanan ialah Universiti Utara Malaysia.
4.2 Pemilihan tuan rumah pada tahun yang berikutnya dibuat pada Mesyuarat Kapten-Kapten dan diumumkan pada majlis penyampaian hadiah kejohanan tahun semasa.
4.3 UA yang berminat harus mengisytiharkan keinginan mereka semasa mesyuarat Kapten- Kapten terakhir pada tahun berkenaan.
4.4 Giliran tuan rumah yang diputuskan oleh Majlis Kapten-kapten Golf UA dan dimaklumkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi untuk pengesahan.
5. YURAN PENYERTAAN
5.1 Kadar yuran penyertaan adalah RM750.00 bagi setiap peserta.
5.2 Bagi Kategori Jemputan, pemain ke-5 dan seterusnya dikenakan Yuran Penyertaan sebanyak RM1,000.00.
6. KATEGORI KEJOHANAN UNTUK 36 LUBANG
Setiap UA dibenarkan menghantar Pasukan yang terdiri daripada:
6.1 Empat (4) pasukan UA (2 GROSS dan 2 NETT)
6.2 Satu (1) pasukan VIP
6.3 Tiada had untuk pasukan Tetamu
6.4 Setiap pasukan terdiri dari EMPAT (4) orang pemain.
6.5 Penentuan bagi Team A dan Team B bagi kategori Gross dan Nett berpandukan kepada skor setiap pemain selepas 2 hari kejohanan. Empat skor terbaik akan dipilih sebagai Team A dan empat skor berikutnya akan dipilih sebagai Team B.
6.6 Semua peserta berpasukan adalah layak secara automatik menyertai acara individu.
7. KATEGORI PASUKAN
7.1 Kategori UA Gross – Johan Pasukan UA Gross adalah berdasarkan jumlah skor Gross (Stroke Play) terendah daripada empat (4) pemain pasukan untuk 36 lubang.
7.2 Kategori UA Nett – Johan pasukan UA Nett adalah berdasarkan jumlah skor Nett (Stroke Play) terendah daripada empat (4) pemain pasukan untuk 36 lubang berdasarkan System 36 Strokeplay, dengan perkiraan Handicap of The Day dengan maksimum handicap 18).
7.3 Kategori VIP UA – Johan Pasukan VIP adalah berdasarkan jumlah mata System 36 Stableford tertinggi TIGA (3) pemain terbaik daripada empat (4) orang mengikut System 36 untuk 36 lubang, dengan handicap maksimum bagi pemain lelaki dan Wanita adalah masing-masing 24 dan 36. Jika pasukan yang menyertai tidak mempunyai empat (4) orang pemain, pasukan tersebut secara automatik tidak layak menyertai kategori ini.
7.4 Kategori Tetamu – Johan pasukan Tetamu adalah berdasarkan jumlah mata Stableford tertinggi daripada tiga (3) pemain terbaik mengikut System 36 untuk 36 lubang, dengan handicap maksimum bagi pemain lelaki dan wanita adalah masing masing 24 dan 36. Pemain ke 5 dan seterusnya bagi kategori jemputan akan bermain bagi kategori jemputan individu sahaja.
7.5 Kategori Kontinjen Terbaik – Kontingen Terbaik ditentukan berdasarkan SKOR GROSS 8 pemain daripada kategori Gross dan Nett, iaitu 4 skor terbaik daripada pemain gross dan 4 skor terbaik daripada pemain nett .
8. KATEGORI INDIVIDU
8.1 Individu Gross – Johan Individu Gross adalah berdasarkan jumlah skor Gross (Stroke Play) terendah untuk 36 lubang
8.2 Individu Nett – Johan individu Nett berdasarkan jumlah skor (stroke play) nett untuk 36 lubang (berdasarkan handicap of the day dan tidak melebihi 18 untuk lelaki dan 24 untuk wanita.)
8.3 Individu VIP – Johan Individu VIP adalah berdasarkan jumlah mata Stableford tertinggi mengikut System 36 untuk 36 lubang, dengan handicap maksimum bagi pemain lelaki dan Wanita adalah masing-masing 24 dan 36.
8.4 Individu Tetamu – Johan Individu Tetamu adalah berdasarkan jumlah mata Stableford tertinggi mengikut System 36 untuk 36 lubang, dengan handicap maksimum bagi pemain lelaki dan Wanita adalah masing-masing 24 dan 36.
9. PESERTA
Pemain-pemain yang mewakili setiap UA mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
9.1 Pemain UA mestilah kakitangan tetap, sementara atau kontrak di UA yang diwakili. Kakitangan mestilah telah berkhidmat sekurang-kurangnya EMPAT (4) bulan secara berterusan.
9.2 Pemain VIP
Pemain VIP adalah kakitangan UA yang terdiri daripada salah satu kelayakkan seperti berikut:
- Canselor atau Pro Canselor
- Ahli-ahli Lembaga Pengarah, Naib Canselor, Rektor, Timbalan Naib Canselor, Timbalan Rektor atau Penolong Naib Canselor
- Pendaftar, Bendahari, Ketua Pustakawan, Penasihat Undang-Undang
- Pengarah atau Dekan berstatus JUSA
- Timbalan Pengarah atau Timbalan Dekan berstatus JUSA.
- Pemain VIP daripada Kementerian Pendidikan Tinggi adalah terdiri daripada pegawai berstatus JUSA.
9.3 Pemain Tetamu
Pemain tetamu adalah terdiri daripada pemain-pemain jemputan bagi setiap UA.
10. PERATURAN PERTANDINGAN GOLF
10.1 Kejohanan ini dijalankan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh R & A Rules Limited dan peraturan tempatan yang berkaitan, melainkan apa-apa pengecualian atau keputusan lain yang ditetapkan oleh jawatankuasa penganjur. Pemain akan bermain 18 lubang pada hari pertama dan 18 lubang pada hari kedua di lapangan yang berbeza untuk semua kategori kecuali tetamu.
10.2 Setiap UA adalah bertanggungjawab menentukan bahawa hanya kakitangan yang layak sahaja didaftarkan untuk mewakili pasukan Universiti masing-masing. Jika pemain didapati tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan, maka pemain tersebut dan pasukan yang diwakilinya akan dianggap terbatal daripada kejohanan.
10.3 Setiap pasukan UA dibenarkan untuk membuat perubahan dalam senarai pemain sehingga paling lewat semasa mesyuarat kapten yang terakhir sebelum pertandingan bermula.
10.4 Susunan flight dan lapangan bagi setiap pemain akan ditentukan oleh jawatankuasa penganjur mengikut ketetapan yang bersesuaian yang dibuat oleh pihak penganjur.
10.5 Jawatankuasa penganjur sahaja yang berhak mengubah susunan flight pemain-pemain sebelum pertandingan dimulakan.
10.6 Pemain-pemain hendaklah melapor diri sebelum tee-off bermula. Pemain yang melaporkan diri lewat dari masa yang telah ditetapkan akan dibatalkan penyertaannya.
10.7 Khidmat caddy hanya dibenarkan bagi pemain VIP dan Tetamu sahaja.
11. LAPANGAN PERTANDINGAN
Penganjur Kejohanan akan bertanggungjawab untuk menyediakan lapangan pertandingan yang sesuai dan mencukupi untuk memastikan kejohanan berjalan lancar. Kejohanan kali ke-51 akan menggunakan TIGA (3) lapangan iaitu:
- Kelab Golf Sultan Sallehuddin UUM
- Darulaman Golf & Country Club
- Cinta Sayang Golf & Country Club
12. SYARAT-SYARAT LAIN PERTANDINGAN
Juara Keseluruhan Kejohanan adalah berdasarkan jumlah pengumpulan pingat yang dimenangi menerusi 7 kategori berikut:
- Gross Berpasukan
- Nett Berpasukan
- Gross Individu
- Nett Individu
- Berpasukan (VIP)
- Individu (VIP)
- Kontinjen Terbaik (Tied breaker)
Juara Keseluruhan Kejohanan ditentukan berdasarkan jumlah pungutan pingat Emas (tempat pertama) yang diraih. Sekiranya masih seri, jumlah pungutan pingat Perak (tempat kedua) akan diambil kira dan seterusnya pungutan pingat Gangsa (tempat ketiga). Sekiranya masih seri, mana-mana pasukan yang memenangi Kontinjen Terbaik akan diisytiharkan sebagai Juara Keseluruhan Kejohanan Golf Antara UA Malaysia.
12.1 Jika keputusan seri bagi pertandingan individu dan pasukan GROSS.
Penentuan pemenang melalui kiraan semula ON COUNT BACK (OCB) adalah ditentukan seperti berikut:
- Skor 18 lubang di lapangan Kelab Golf Sultan Sallehuddin (KGSSUUM)
- Skor 9 lubang terakhir (lubang 10 – 18) di lapangan Kelab Golf Sultan Sallehuddin (KGSSUUM)
- Skor 6 lubang terakhir (lubang 13 – 18) di lapangan Kelab Golf Sultan Sallehuddin (KGSSUUM)
- Skor 3 lubang terakhir (lubang 16-18) di lapangan Kelab Golf Sultan Sallehuddin (KGSSUUM)
- Skor Lubang terakhir (lubang 18) di lapangan Kelab Golf Sultan Sallehuddin (KGSSUUM)
12.2 Jika keputusan seri bagi pertandingan individu dan pasukan NETT
Penentuan pemenang melalui kiraan semula ON COUNT BACK (OCB) adalah ditentukan seperti berikut:
- Jumlah Handicap terendah bagi 36 lubang.
- Skor 18 lubang di lapangan Kelab Golf Sultan Sallehuddin (KGSSUUM)
- Skor 9 lubang terakhir (lubang 10 – 18) di lapangan Kelab Golf Sultan Sallehuddin (KGSSUUM)
- Skor 6 lubang terakhir (lubang 13 – 18) di lapangan Kelab Golf Sultan Sallehuddin (KGSSUUM)
- Skor 3 lubang terakhir (lubang 16-18) di lapangan Kelab Golf Sultan Sallehuddin (KGSSUUM)
- Skor Lubang terakhir (lubang 18) di lapangan Kelab Golf Sultan Sallehuddin (KGSSUUM)
12.3 Jika keputusan seri bagi pasukan dan Individu kategori VIP dan Tetamu
Penentuan pemenang melalui kiraan semula ON COUNT BACK (OCB) adalah ditentukan seperti berikut:
- Jumlah Handicap terendah bagi bagi 36 lubang
- Skor 18 lubang di lapangan hari ke-2
- Skor 9 lubang terakhir (lubang 10 – 18) di lapangan hari ke-2
- Skor 6 lubang terakhir (lubang 13 – 18) di lapangan hari ke-2
- Skor 3 lubang terakhir (lubang 16-18) di lapangan hari ke-2
- Skor Lubang terakhir (lubang 18) di lapangan hari ke-2
13. PENGGUNAAN KEDI, GADGET, JAM DAN APLIKASI PENGUKUR JARAK
13.1 Penggunaan khidmat kedi untuk pertandingan ini adalah dibenarkan untuk kategori VIP dan Tetamu sahaja.
13.2 Penggunaan gadjet, jam dan apa jua aplikasi adalah dibenarkan. Tetapi hanya terhad untuk mengukur jarak sahaja.
14. PERTANDINGAN TERGENDALA
14.1 Sekiranya disebabkan cuaca atau Iain-lain sebab yang pada pendapat Jawatankuasa Penganjur & Pengelola tidak dapat dielakkan dan permainan 36 lubang tidak dapat dihabiskan maka keputusan pertandingan akan ditetapkan berdasarkan keputusan dari 18 lubang.
14.2 Jawatankuasa Penganjur & Pengelola berhak menentukan cara lain yang difikirkan sesuai dan munasabah dan keputusannya adalah muktamad.
Disediakan oleh:
Jawatankuasa Pertandingan
Kejohanan Golf Antara Universiti Awam Malaysia Ke-51, 2024